Ads Top

Mila Jirin Tidak Dapat Tahan Air Mata, Suami Terpaksa Jalani Pembedahan Bahu

Penyanyi yang juga usahawan katering, Mila Jirin menyatakan suaminya iaitu Isz Mustapha telah menjalani pembedahan arthroscopy.

Mila berkata, pembedahan yang dilakukan semalan itu terpaksa dibuat untuk merawat masalah pada bahagian bahu suaminya yang telah menyukarkan pergerakan tangan.

“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.

“Doktor cakap bukanlah major operation, minor je… tapi yelah perasaan seorang isteri ni lain kan.

“Esok (hari ini) hari jadi saya. Saya cuma berdoa kepada Allah saya tak nak apa-apa. Cuma minta Allah bagi kesihatan yang baik kepada suami saya,” luahnya menerusi perkongsian video di Instagram miliknya.

Sambil tidak dapat menahan air mata dalam video berkenaan, masalah yang dihadapi suaminya itu menyebabkan tangannya tidak boleh angkat lurus ke atas.

“Jika tersalah pusing akan rasa sakit. Kemudian doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan,” jelasnya.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Isz Mustapha pada November 2015. Pasangan tersebut dikurniakan anak Mohd. Arif Zikri yang kini sudah berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

The post Mila Jirin Tidak Dapat Tahan Air Mata, Suami Terpaksa Jalani Pembedahan Bahu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.