Ads Top

Neelofa Nafi Dakwaan Terkena Minyak Pengasih, Pindahkan Wang & Sudah Berkahwin

Teka-teki mengenai status hubungan pengacara Neelofa dengan PU Riz atau Haris Ismail akhirnya terjawab.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Neelofa turut menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan dia terkena minyak pengasih, membuat pindahan wang serta dikatakan sudah berkahwin di Kelantan.

“Cerita tuduh saya terkena minyak pengasih adalah tidak benar. Ia adalah tuduhan yang amat berat sekali. Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

“Saya menyangkal tuduhan mengenai memindahkan wang yang banyak kepada Haris dan perkara itu tidak benar sama sekali.

“Mengenai sudah berkahwin, ia adalah andaian yang tidak berasas dan satu tuduhan yang tidak benar,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, netizen mula mempersoalkan mengenai hubungan mereka berdua apabila gambar-gambar semasa semasa majlis merisik sudah dipadam.

Selain itu, adik-beradik Neelofa serta ibunya juga tidak lagi mengikuti PU Riz di Instagram.

Mengenai status hubungan bersama PU Riz pula, Neelofa berkata pihak kedua-dua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan keluarga Haris atas apa yang berlaku,” jelasnya.

Pada masa sama, Neelofa turut mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya.

“Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan. Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Neelofa

The post Neelofa Nafi Dakwaan Terkena Minyak Pengasih, Pindahkan Wang & Sudah Berkahwin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.