Ads Top

Masih Sukar Terima Pemergiaan Suami, Bunga Citra Lestari Hadir Sesi Terapi

Jika dikira sudah memasuki 10 bulan usia pemergiaan pelakon kelahiran Malaysia iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

Bagi isterinya iaitu Bunga Citra Lestari atau BCL, dia terpaksa mengambil masa selama berbulan-bulan sebelum kembali aktif semula dalam bidang seni.

Dalam satu temubual, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia itu mengakui dia masih sukar untuk menerima takdir kehilangan suami.

“Saya menangis setiap hari dan terpaksa menghadiri sesi terapi untuk mendapatkan semula kekuatan.

“Malah, saya masih lagi menangis setiap hari sehingga sekarang, tetapi sudah ada kekuatan untuk kembali aktif,” ujarnya.

BCL berkata, tempoh enam bulan pertama kehilangan suami tercinta adalah waktu yang paling sukar dalam hidupnya.

Kemudian, dia telah mendapat kekuatan untuk menghasilkan dan merakamkan lagu 12 Tahun Terindah yang berkisar tentang kehidupannya bersama arwah suaminya.

Sebelum ini, Allahyarham Ashraf Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung. – KopiPlanet.com

The post Masih Sukar Terima Pemergiaan Suami, Bunga Citra Lestari Hadir Sesi Terapi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.