Ads Top

Fleur!, Noh Salleh Bakal Muncul Dalam Persembahan Di Acara Live @TAPAUASIA

Platform hiburan indie tempatan iaitu TAPAUASIA (tapau.asia) dengan kerjasama program #RadioTenggara bakal membawakan persembahan istimewa band jemputan dari Jakarta iaitu Fleur!

Band berkenaan akan tampil buat kali pertama di Malaysia (secara maya) pada 26 Disember ini dan bakal mempersembahkan beberapa buat lagu yang belum dinyanyikan sebelum ini.

Lebih istimewa, Fleur! juga berkolaborasi bersama penyanyi hebat Noh Salleg serta terdapat persembahan istimewa kumpulan NonaRia (@nonariamusic) dengan bunyian klasikal mereka dari era 40-an ke 50-an.

Biasanya format terio dalam sebuah band mungkin nampak biasa, namun kombinasi tiga wanita yang mempertaruhkan rock n’ roll ini menjadikannya luar biasa.

Dianggotai tiga pemuzik wanita iaitu Tanya (gitar & vokal), Tika (dram & vokal) dan Yuyi (bass & vokal), mereka hadir memberi nafas baharu dengan lagu-lagu rock n’ roll yang penuh bertenaga dan campuran bunyian moden-klasikal.

Persembahan secara maya mereka akan berlangsung pada pukul 9 hinngga 10.30 malam dengan tiket berharga RM15.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web www.TAPAU.Asia dan penonton akan mendapat akses untuk Livestream + VOD (boleh ditonton berulang kali selama dua minggu). – KopiPlanet.com

The post Fleur!, Noh Salleh Bakal Muncul Dalam Persembahan Di Acara Live @TAPAUASIA appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.