Ads Top

“Jangan Sampai Saya Hantar Anak Pergi Sekolah, Orang Ingat Atok Dia Hantar” – Awie

Sudah memasuki usia 52 tahun, umum mengetahui Datuk Awie bakal mendapat cahaya mata baharu apabila isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin kini sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada bulan hadapan.

Awie berkata, dikurniakan cahaya mata dalam usia sebegini merupakan satu anugerah dan rezeki yang tidak terhingga.

“Sekarang apa yang perlu saya lakukan adalah menjaga kesihatan, jangan sampai bila saya hantar anak pergi sekolah, orang ingat atok (datuk) dia hantar.

“Itu yang paling penting dan ini merupakan satu cabaran. Malah, ia banyak psiko saya ke arah yang positif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem terbaru keluaran sulung syarikat produksi miliknya, Rumah Produksi Merah berjudul 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan di Astro First pada 7 Januari 2021.

Awie berkata, dalam usianya sekarang ini, banyak perkara yang perlu dijaga, terutama sekali mengenai penjagaan kesihatan.

“Saya kena sentiasa berhati-hati dan kuatkan semangat untuk sentiasa cergas dan mengambil pemakanan yang elok.

“Apatah lagi dengan usia isteri yang masih muda dan akan dapat anak lagi. Jadi kita nak kena sealiran dan nanti kalau kita sakit, isteri pun akan menyampah. Jadi kena jagalah,” selorohnya.

Awie dah Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan ia merupakan cahaya mata ke-6 buat vokali kumpuan Wings itu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datuk Awie

The post “Jangan Sampai Saya Hantar Anak Pergi Sekolah, Orang Ingat Atok Dia Hantar” – Awie appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.