Ads Top

Berhadapan Dengan Pelbagai Masalah Sehingga Amar Asyraf Mempersoalkan Allah

Sebelum ini pelbagai masalah yang telah melanda pelakon Amar Asyraf dan beranggapan tahun 2020 adalah waktu yang paling teruk.

Menerusi luahan di Instagram miliknya, pelakon itu geram atas kegagalan yang dilalui sehingga tidak mampu untuk mengubahnya.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui semua perkara yang berlaku itu adalah kesilapan dirinya sendiri.

“Bukan salah siapa siapa tapi salah diri sendiri. duit tak cukup, court case mahkhamah Syariah, nama kena reject dengan stesen, impulse buying sebab stress Dan macam macam lagi. Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa.

“Saya menyakiti keluarga, rakan-rakan, ibu dan ayah, Arna Taufiq dan Dian. Setiap orang di sekeliling saya. Saya sakiti mereka dengan sikap saya dan itu bukanlah sesuatu yang baik. Saya tidak mampu menjadi seorang lelaki yang baik.

“Saya tidak peduli tentang kesihatan, terlalu banyak merokok. Saya biar ego mengatasi diri. Malah saya persoal Allah. Kenapa saya? Kenapa ini terjadi kepada saya. Dan saya tidak melakukan apa-apa. Saya biarkan diri saya tenggelam dalam keadaan negatif dan mengecewakan orang yang saya sayangi,” luahnya.

Ujar Amar, merasakan dirinya sangat teruk dengan dunia dan semua yang berlaku tidak adil, namun dia menyedari apa yang berlaku itu adalah dirinya sendiri.

Jelasnya, dia yang telah merosakkan diri sendiri dan membiarkan diri dalam keadaan yang negative, meskipun mempunyai beberapa peluang untuk berjaya.

“Saya mahu ubah hidup saya dan menjadi seorang yang positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri saya, mengenal diri saya sendiri. 

“Hanya saya yang mampu ubah hidup saya. Bukan orang lain. Saya nak anak-anak saya ada masa depan yang lebih baik dari saya. Untuk Taufiq Dan Dian,” tulisnya. – KopiPlanet.com

The post Berhadapan Dengan Pelbagai Masalah Sehingga Amar Asyraf Mempersoalkan Allah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.