Ads Top

Status Hadis Ganjaran Solat Subuh Berjemaah Menyamai Pahala Haji

Setiap waktu solat pasti mempunyai kelebihan dan ganjarannya yang tersendiri. Waktu-waktu solat inilah yang memberi peluang kepada manusia untuk tidak pernah jauh dari Allah.

Dan setiap waktu solat ini mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah. Pahala solat itu merupakan saham utama untuk seseorang hamba kerana ia adalah asas kepada kehidupan.

Kita mengambil contoh solat Subuh; besarnya ganjaran yang Allah berikan kerana walaupun ia hanya dua rakaat sahaja, namun amat sukar untuk berlawan dengan nafsu sendiri bagi menghadap Ilahi.

Apatah lagi jika solat Subuh itu dilakukan secara berjemaah. Ada sebuah hadis yang disebutkan mengenai ganjaran orang yang melakukan solat Subuh berjemaah menyamai dengan pahala ibadah haji.

مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا حَجَّ خَمْسِينَ حَجَّةً مَعَ آدم

Maksud: “Sesiapa yang solat fajar (Subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”

Bagaimanapun, ahli hadis menyebutkan bahawa periwayatan di atas adalah palsu kerana tiada thabit periwayatan daripada Rasulullah SAW (tiada riwayat daripada Rasulullah).

Ia dipersetujui oleh Imam Al-Hafiz ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Al-Suyuthi dan juga Imam Al-Syaukani.

Justeru, tidak boleh menyebarkan hadis ini kerana ia dinilai palsu melainkan untuk menyebarkan kepalsuannya.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Status Hadis Ganjaran Solat Subuh Berjemaah Menyamai Pahala Haji first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.