Ads Top

Jang Dong-yoon Jatuh Kuda, Penggambaran Drama Joseon Exorcist Ditangguhkan

Penggambaran drama berjudul Joseon Exorcist terpaksa ditangguhkan gara-gara pelakon utamanya, Jang Dong-yoon mengalami kemalangan apabila jatuh ketika menunggang kuda.

Menurut sumber terdekat produksi drama berkenaan, pelakon itu mengalami cedera di bahagian siku.

“Penggambaran ditangguhkan, Dong-yoon mengalami kecederaan siku dan dia akan membuat pemeriksaan perubatan,” ujarnya.

Ia merupakan penangguhan kali kedua untuk drama itu, di mana sebelum ini ia tertangguh kerana ada kru produksi yang didapati positif Covid-19.

Joseon Exorcist merupakan sebuah drama fantasi sejarah yang memaparkan pertarungan berdarah melawan roh jahat yang cuba menghancurkan manusia.

Dalam drama berkenaan, Dong-yoon memegang watak sebagai Putera Chungnyung, salah seorang anak dari Raja Taejong yang memerintah Joseon dan melawan roh jahat. – KopiPlanet.com

The post Jang Dong-yoon Jatuh Kuda, Penggambaran Drama Joseon Exorcist Ditangguhkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.