Harry Styles Jawab Kritikan Tentang Dirinya Suka Berpakaian Wanita
Tidak dinafikan salah seorang ahli kumpulan One Direction iaitu Harry Styles dilihat sebagai individu yang sering tampil unik dalam berfesyen.
Bagaimanapun, penyanyi itu juga tidak dapat lari daripada menerima kritikan, terutama sekali kerap tampil dengan berpakaian wanita dan yang terbaru ketika sesi fotografi bersama Vogue pada bulan lalu.
Mengulas mengenai perkara berkenaan, Harry menegaskan bahawa perbezaan jantina tidak seharusnya menjadi penentu kepada apa yang ingin dipakai.
“Saya rasa apa yang paling menarik adalah dapat memakai pakaian apa yang saya suka.
“Pakaian adalah sesuatu yang menyenangkan untuk bereksperimen. Ketika orang tidak menghiraukan ‘pakaian ini untuk lelaki atau pakaian ini untuk wanita’, ia seperti menghilangkan satu halangan,” ujarnya.
Penyanyi kelahiran England itu juga memberi alasan terhadap kegemarannya yang suka berpakaian wanita.
Menurutnya, memakai pakaian apa pun memiliki kekuatan tersendiri yang dapat memancarkan aura positif kepada si pemakai.
The post Harry Styles Jawab Kritikan Tentang Dirinya Suka Berpakaian Wanita appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: