Fatwa Vaksin COVID-19 Akan Diumumkan Selepas Mendapat Perkenan Agong
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan bahawa fatwa penggunaan vaksin COVID-19 masih menunggu perkenan Agong.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sutan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dan Majlis Raja-Raja telah dipersembahkan mengenai perkara ini selepas melalui perbincangan dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan.
Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah memperhalusi semua aspek dalam penggunaan vaksin ini termasuk perihal maqasid syariah serta memastikannya agar bebas dari kemudaratan kepada tubuh badan.
Beliau berkata, perkara itu telah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 3 Disember lalu.
Fatwa tersebut akan diumumkan setelah mendapat persetujuan dan perkenan Agong.
Sumber:
Astro Awani
The post Fatwa Vaksin COVID-19 Akan Diumumkan Selepas Mendapat Perkenan Agong first appeared on Tazkirah.
No comments: