Ads Top

Bolehkah Memilih Untuk Berputus Asa

Berdosakah jika seseorang itu memilih untuk berputus asa?

Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah terlintas pertanyaan ini terutama saat kehidupan berada di hujung tanduk dan satu-satunya perkara yang boleh difikirkan adalah dengan berputus asa.

Perasaan itu mungkin berlaku kerana tekanan mahupun desakan kehidupan. Setiap manusia tidak pernah lari dari ujian yang akan datang silih berganti.

Bahkan, setiap ujian ini pasti akan ada jalan dan jawapan yang Allah berikan untuk seseorang itu.

Allah amat menyukai hambaNya yang berusaha dan sentiasa mencari jalan untuk menjalani kehidupan yang boleh mendekatkan dirinya kepada tuhan.

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّـهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Mafhum: “Wahai anak-anakKu! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, 12:87)

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut bahawa berputus asa itu dianggap sebagai perkara yang buruk dan Islam tidak menyukai umatnya berputus asa terutamanya jika ia boleh menjauhkan diri dari rahmat Allah.

Justeru, jika anda dilanda bebanan hidup yang berat, belajar untuk berehat dan bukan berputus asa.

Mungkin hari ini kehidupan anda hanya dipenuhi dengan hujan dan guruh, namun siapa tahu esok atau lusa tuhan akan hadirkan matahari yang dapat menyinari hari anda.

Wallahu a’alam

The post Bolehkah Memilih Untuk Berputus Asa first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.