Ads Top

Aplikasi ALBAYEN Akan Dibangunkan Sebagai Inisiatif Untuk PdP Sekolah Agama

Sebuah memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bagi membangunkan sebuah aplikasi pembelajaran digital yang dinamakan ALBAYEN.

Ia bertujuan untuk memperkasa pembelajaran dan pengajaran (PdP) sekolah agama dan merupakan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Edess Education Development and Solutions Specialist Sdn Bhd (EDESS).

Selain itu, ia juga memberikan beberapa penyelesaian terkini dalam bidang akademik PdP yang merangkumi pengurusan pendidikan, pembangunan profesional, trend dan aplikasi penyelidikan serta teknologi penyelidikan.

Sistem ini menyokong kepada pembelajaran digital sama ada di peringkat sekolah menengah dan rendah bagi memupuk kemahiran pembelajaran pada abad ke-21.

Sumber & gambar:
BERNAMA

The post Aplikasi ALBAYEN Akan Dibangunkan Sebagai Inisiatif Untuk PdP Sekolah Agama first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.