Ads Top

Alami Masalah Semput, Ibu Ali Puteh Masih Dirawat Di Hospital

Ibu kepada pelawak Ali Puteh telah dimasukkan ke sebuah hospital semalam akibat mengalami masalah semput.

Pelawak tersebut memaklumkan mengenainya menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“Salam semua..doakan mak sy sihat sediakala…emergency ke hospital selayang sebab semput…doakn mak ye,” tulisnya.

Sementara itu, dalam kemaskini di Instagram, Ali memberitahu ibunya kini masih dirawat di hospital.

“Salam jumaat penghulu segala hari…mak masih dihospital dan keadaan mak masih ditidokan dan menggunakan alat pernafasan…semoga mak kuat dan terus kuat.

“Doakan buat mak semoga semuanya kembali sediakala..allah uji tanda allah syg..segala puji bg allah..doakan buat mak ye..amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Alami Masalah Semput, Ibu Ali Puteh Masih Dirawat Di Hospital appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.