Ads Top

Elfira Loy Sedih Ada Segelintir Yang Tidak Ambil Berat Mematuhi SOP

Bergelar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan pelakon Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa, terutama sekali pandemik Covid-19

Sehinggakan pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.

Bagaimanapun, status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja dan soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.

Dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya, Elfira percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak harus dipandang ringan.

“Mendengar kes wabak Covid-19 ini meningkat saban hari buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan, apatah lagi dengan ada anak yang berusia 14 bulan. Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.

“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tetapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang seperti tak makan saman, meskipun akan dikompaun RM1,000 jika tidak memakainya. Kalau kita semua sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya.

Dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya, pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu beranggapan pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya.

Jelasnya, sama ada suka atau tidak, semua orang perlu biasakan norma baharu ini dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi, kena pilih yang bagus seperti Himaya.

“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tetapi orang sekeliling. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama-sama beringat,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Elfira Loy Sedih Ada Segelintir Yang Tidak Ambil Berat Mematuhi SOP appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.