Ads Top

#81 – Misi Si Hijau: Tips Menabung Paling Mudah

Mungkin ramai yang memandang remeh akan nilai duit kertas RM5, tetapi jika disimpan dalam jangka masa 5 tahun tanpa henti, bayangkan sudah beribu nilai simpanan yang ada.

Namun, bagaimana cara untuk mendapat jumlah simpanan tersebut? Sebenarnya, ada pelbagai cara yang telah dikongsikan. Namun, kali ini saya akan berkongsi mengenai Misi Si Hijau.

Apa itu Misi Si Hijau?

Mungkin bagi sesetengah orang, sukar baginya untuk merekod perbelanjaan sama ada yang melibatkan perbelanjaan harian, bulanan mahupun mingguan.

Ia belum termasuk dengan mengasingkan gaji yang diperoleh tiap bulan sama ada 10 peratus mahupun 5 peratus daripadanya. Ingat, jadikan ia sebagai perkara pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu setiap kali menerima gaji.

Apa yang kebanyakan orang kita lakukan apabila mendapat gaji adalah melunaskan hutang-hutang terlebih dahulu dan membayar bil yang ada seperti bil eletrik dan air.

Sesetengah orang juga berpendapat bahawa akan menyimpan hanya apabila ada lebihan baki gaji sahaja. Tetapi hakikatnya, tiada apa yang tinggal lagi dari gaji itu. 

Jadi perkara utama dalam melaksanakan misi si hijau ini adalah kecualikan duit hijau dari dikeluarkan. Pastikan setiap kali kita pergi berbelanja dan mendapat wang baki, asingkan terus duit hijau tersebut.

Maksudnya di sini ialah, peraturan dalam melaksanakan misi si hijau ini yang anda kena buat, jangan sesekali membelanjakannya. Kalau diberi 2 keping duit hijau, 2 keping itulah anda simpan.  Sediakan tabung khusus untuk si hijau.

Persoalannya, adakah misi ini hanya untuk duit hijau sahaja? Bagaimana pula dengan duit biru (seringgit)?

Lagi sekali ditekan, peraturannya tetap juga duit hijau. Duit biru tidak boleh dijadikan misi kerana ia tidak boleh meliputi kos.

Sebagai contoh, apabila berlakunya kecemasan, kos tampungannya pasti banyak.

Lebih-lebih lagi kita melihat si biru ini paling kerap dan banyak dapat setiap kali mendapat baki selepas berbelanja, berbanding si hijau yang jarang dapat. 

Disebabkan itulah misi kali ini berfokus kepada si hijau. Jadi, jom sama-sama mula menabung atau teruskan impian yang selama ini kita pernah tanam untuk menabung dengan melaksanakan Misi Si Hijau.

The post #81 - Misi Si Hijau: Tips Menabung Paling Mudah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.