Ads Top

#74 – Tips Menjaga Bicara Ketika Marah

Apabila marah, pasti tahap kesabaran seseorang mempunyai batasnya yang tersendiri. Ada yang masih mampu untuk bersabar dan tidak melemparkan kemarahannya ke arah yang tidak sepatutnya, namun bukan semua orang diberi kelebihan itu.

Ada orang yang tidak mampu mengawal kemarahan mereka dan cenderung untuk bertindak di luar kawalan.

Disebabkan itu, Baginda SAW sentiasa mengajar kita untuk diam dan beralih sejenak daripada kemarahan tersebut agar kita tidak menyakiti orang sekeliling.

Dari Ibnu Abbas RA, Baginda SAW bersabda:

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Maksud: “Jika kalian marah, diamlah.” (HR As-Suyuthi, no. 5462)

Jadi, bagaimana cara untuk menjaga lisan ketika sedang marah? Ini beberapa tips yang boleh diamalkan:

#1 – Tarik nafas dalam-dalam

#2 – Minum air

#3 – Istighfar

#4 – Jika anda sedang berdiri, cuba untuk duduk atau beralih sejenak dari tempat tersebut

#5 – Jika mempunyai waktu, perbaharui wuduk

#6 – Amalkan solat sunat

#7 – Belajar lemparkan marah sejenak sahaja. Kemudian, apabila fasa tersebut telah berakhir, lupakan kemarahan tersebut dan mulakan nafas baru

The post #74 - Tips Menjaga Bicara Ketika Marah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.