Ads Top

(Video) “Nak Sembahyang Jugak,” Gelagat Kucing Ini Seret Sejadah Nak ‘Join’ Solat

kucing solat

Siapa saja yang tak cair bila melihat haiwan yang comel dan menghiburkan hati ini. Ada sahaja telatah mereka setiap hari yang membuatkan pemiliknya jatuh hati.

Baru-baru ini, seekor kucing bernama Kiki menarik perhatian orang ramai apabila dirakam menarik sejadah mendekati tuannya yang ingin solat.

Bersama sehelai sejadah yang dibawa sendiri menggunakan mulutnya, Kiki melintasi sejadah tuannya seakan-akan ‘mahu berjemaah.’

Video yang pada asalnya dikongsikan di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ni itu telah mendapat ratusan ribu tontonan dan tanda suka sejak dikongsi semula di pelbagai platform termasuk TikTok dan Twitter. Kiki juga telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagat ‘kucing soleh’ itu.

Comel, nak ikut solat jugak

Anak soleh ni

Baru datang, terus nak jadi imam

Jom solat jemaah? Meoww #kikicekodok

Luruskan safff rapatkan saffffngeooww..Hi semua! Saya kiki cekodok, newbie kat fb. Semoga kehadiran saya dpt menghiburkan dan mengubati kesedihan semua.Akhir kata, selamat beramaleoww 😘#kikicekodok

Posted by Kiki Cekodok on Saturday, December 5, 2020

Sumber: Kiki Cekodok

The post (Video) “Nak Sembahyang Jugak,” Gelagat Kucing Ini Seret Sejadah Nak ‘Join’ Solat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.