Ads Top

#71 – Tips Jaga Kesihatan Melalui Pemakanan Walau Dilanda Kesibukan

Rutin harian setiap manusia berbeza-beza. Ada yang disibukkan dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa untuk diri sendiri dan ada yang mencari peluang untuk mencari rezeki agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, walau apa pun rutin yang sedang dijalani anda, perkara-perkara asas seperti kesihatan diri tidak boleh dibaikan.

Jika diri anda tidak sihat, bagaimana anda dapat meneruskan kerja dengan baik atau bagaimana anda boleh menjaga orang sekeliling anda?

Dalam kesihatan anda pula, perkara paling utama yang anda perlu jaga adalah pemakanan kerana ia adalah sumber yang boleh memberi tenaga buat anda.

Jadi, bagaimana untuk menjaga pemakanan walaupun anda dirudung jadual harian yang sibuk?

#1 – Jangan lupa sarapan kerana ia adalah sumber utama yang diperlukan untuk memberi tenaga buat menjalani hari anda.

#2 – Minum air 1 hingga 2 liter sehari kerana badan manusia memerlukannya untuk membantu penyebaran nutrien melalui saluran darah kepada organ tubuh termasuklah otak.

#3 – Bekalkan snek sihat seperti oat atau buah-buahan agar ia boleh diambil apabila lapar atau untuk mengisi perut jika tidak sempat makan.

#4 – Amalkan puasa sunat. Ia boleh dilakukan pada hari-hari tertentu seperti Isnin dan Khamis. Ia boleh membantu meningkatkan metabolisma badan manusia serta dapat mengurangkan rasa lapar.

#5 – Kurangkan kafein

#6 – Bijak ketika memilih makanan

Walaupun hari anda dirudung dengan pelbagai rutin sehingga menjadikan anda seorang yang sangat sibuk, namun jangan diabaikan kesihatan diri dan ambillah pemakanan yang sihat agar dapat memberi anda sumber tenaga yang baik.

The post #71 - Tips Jaga Kesihatan Melalui Pemakanan Walau Dilanda Kesibukan first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.