Ads Top

(Video) Raih 70 Juta Tontonan, Gelagat Licik Anjing Curi Makanan ‘Jiran’ Sebelah, Siap Tuang Dalam Mangkuk Sendiri

Dikenali sebagai haiwan yang bijak, ada sahaja gelagat nakal anjing dan kucing yang boleh mengundang tawa. Baru-baru ini dalam perkongsian Daily Mail, seekor anjing jenis Husky menarik perhatian apabila bertindak ‘mencuri’ makanan jiran sebelahnya.

Dalam video itu, anjing yang diberi nama Gou Za itu dilihat menghulurkan mulutnya melalui celah jeriji sangkar ke dalam mangkuk milik seekor anjing di sangkar sebelah.

Tidak cukup dengan sekadar menumpang makan, ia kemudianya mengambil mangkuk menggunakan mulut dan menuang makanan ke dalam mangkuknya sendiri.

Video tular di China itu dilaporkan telah mendapat lebih 70 juta tontonan di aplikasi DouYin.

Kongsi pemilik anjing berkenaan yang bernama Xie, Gou Za sebelum ini pernah melakukan tindakan yang sama di belakangnya. Namun kegiatan anjing itu terbongkar selepas Xie bersembunyi di sebalik tiang dan merakam gelagatnya.

“Semasa saya di sana, ia hanya menyalak kepada anjing sebelah. Bila saya pergi, ia mula mencuri mangkuk. Saya perlu bersembunyi di sebalik tiang untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Jom tonton video di bawah;

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Raih 70 Juta Tontonan, Gelagat Licik Anjing Curi Makanan ‘Jiran’ Sebelah, Siap Tuang Dalam Mangkuk Sendiri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.