Ads Top

Disamakan Seperti Binatang, Sarah Hildebrand Doakan Individu Hina Suaminya

Sejak mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung, pelbagai kecaman yang diterima oleh pelakon Sarah Hildebrand.

Yang terbaru, terdapat seorang individu yang telah menghina suaminya dengan menyamakan seperti binatang (kera).

Bagaimanapun, pelakon itu tidak cepat melenting, sebaliknya menganggap ia sebagai pujian.

“Alhamdulillah. Terima kasih, haiwan ini (kera dalam foto yang kelihatan seperti suamiku) juga merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang luar biasa.

“Jadi, saya akan menganggapnya sebagai pujian. Sekiranya anda mendapat pesanan seperti ini, jangan sedih atau marah. Bersabarlah. Kita tidak pernah tahu apa yang mungkin dilalui oleh seseorang. Mereka mungkin menghadapi masa yang sukar,” kongsinya menerusi Instagram.

Selain tidak memarahi individu berkenaan, pelakon itu juga turut meminta meluangkan masa untuk mendoakannya.

“Dengan ini, saya meminta anda semua untuk meluangkan masa anda untuk mendoakannya.

“Doakan yang baik untuk dia. Semoga dia dianugerahi akhlak yang lebih baik dan mulia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Disamakan Seperti Binatang, Sarah Hildebrand Doakan Individu Hina Suaminya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.