Ads Top

TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Empat Kematian Dicatatkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat empat kematian dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 345 kes bersamaan 0.6% daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, kes kematian 342 iaitu kes nombor 42,004 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 73 tahun meninggal di Hospital Pulau Pinang.

“Kes kematian 343 iaitu kes nombor 56,682 melibatkan seorang perempuan Bukan Warganegara, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan leukemia. Beliau meninggal di Hospital Duchess of Kent.

“Kes kematian 344 iaitu kes nombor 56,891, seorang perempuan Bukan Warganegara berusia 54 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, beliau meninggal di Hospital Duchess of Kent.

“Kes kematian 345 iaitu kes nombor 58,707 melibatkan seorang perempuan Bukan Warganegara berusia 77 tahun, beliau meninggal di Hospital Labuan,” katanya.

Sumber: RTM

The post TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Empat Kematian Dicatatkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.