Ads Top

Arak & Mudaratnya Yang Diharamkan Oleh Agama

Apabila berbicara isu arak, pasti ada sahaja pertelingkahan yang wujud. Seperti baru-baru ini, tular yang menyebut walaupun arak bukan hak orang Islam, namun ia adalah hak agama lain.

Seperti yang kita ketahui, Islam tidak mengharamkan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Setiap daripada apa yang dibolehkan mahupun dilarang, pasti ada sebab musabab di sebaliknya.

Begitu juga dengan arak. Pengharamannya kerana memperlihatkan mudarat yang timbul, bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan kepada orang lain juga.

Disebutkan juga bahawa arak adalah ibu kepada maksiat dan perbuatan jahat. Sifatnya yang memabukkan boleh mengundang pelbagai mudarat.

Majoriti Agama Menolak Arak

Pengharaman arak kepada Islam bermula secara berperingkat. Ia adalah supaya kegiatan itu boleh ditinggalkan secara perlahan-lahan dan bukannya secara mendadak. Perubahan yang berlaku secara mendadak ini boleh menyebabkan peratus konsistensi itu berkurang.

Sebenarnya, bukan Islam sahaja yang memandang ia sebagai perkara yang haram, namun juga majoriti agama lain yang telah mengharamkannya akibat kesannya yang mendatangkan keburukan.

Seperti agama Buddha, Hindu, Kristian, Yahudi dan Sikh yang menyebut pengharamannya di dalam kitab-kita mereka. (Kajian Firdaus Wong Wai Hung)

Sebahagian agama lain seperti masyarakat di Afrika masih menggunakan arak, namun hanya untuk aktiviti ritual keagaaman sahaja. Begitu juga dengan Kristian.

Tetapi, perkara yang boleh dilihat di sini ialah, rata-rata agama memandang ia sebagai perkara yang perlu dijauhkan untuk mengelak kesan buruknya.

Secara logiknya juga, manusia akan menolak pengambilan arak kerana ia lebih banyak membawa kemudaratan yang terlalu banyak untuk disenaraikan.

Kemudaratannya Yang Perlu Dielak

Arak, dari perspektif sains adalah salah satu produk yang terhasil daripada penapaian alkohol, melibatkan proses perubahan aerobik gula terutamanya glukosa dan fruktosa kepada etanol dan karbon dioksida.

Kesan ketagihannya bergantung kepada jumlah yang diminum pada satu-satu masa dan inilah yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. Jika banyak pengambilannya, maka peminum itu akan mabuk.

Peminum yang mabuk akan mengalami kurang keupayaan dari segi meletakkan fokus dan membuat pertimbangan yang teliti.

Antara kesan lain alkohol juga adalah terhadap kesihatan mental yang boleh menimbulkan kecelaruan tingkah laku dan fikiran, kemurungan, kecenderungan untuk membunuh diri dan kebingungan.

Kesan utama kepada badan pula (secara jangka panjang) adalah boleh mengakibatkan sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.

Bahkan, jika dilihat kajian-kajian yang dilakukan, banyak lagi kemudaratannya yang boleh merosakkan diri sendiri.

Ditambah pula kesannya kepada sekeliling; seperti berlakunya kemalangan disebabkan pemandu yang mabuk atau berlakunya jenayah-jenayah lain juga berpunca daripada mereka.

Inilah yang sebenarnya ingin dielakkan. Arak bukanlah hak kepada sesiapa mahupun mana-mana agama kerana undang-undang, sains dan agama sendiri telah menekankan mengenai kemudaratannya yang perlu dielak.

Kesimpulan

Hikmah pengharaman arak ini, salah satunya adalah untuk menjaga kesihatan diri sendiri serta mengelak kepada kemudaratan yang ada.

Menjadi tugas semua untuk sama-sama membendung masalah arak kerana hikmahnya bukan untuk umat Islam sahaja bahkan untuk semua.

Baca juga:
Ahli Ibadah Yang Berzina & Membunuh Selepas Minum Arak

Sumber:
Kompilasi Pandangan Hukum – JAKIM
MyHealth – Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia
iMedik – Arak & Kesannya

The post Arak & Mudaratnya Yang Diharamkan Oleh Agama first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.