Ads Top

Suka Makan Lobak Merah, Anak Ika Nabella Didiagnosis Penyakit Karotenemia

Akibat pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah, anak pelakon Ika Nabella telah didiagnosis penyakit karotenemia yang juga merupakan sejenis penyakit kuning.

Berkongsi di Instagram miliknya, pelakon itu memberitahu anaknya, Muhammad Noah Zayn memang menggemari makanan tersebut.

“Aunts & Uncles please doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna please. He is now diagnosed as carotenemia baby or orang selalu panggil ‘orange baby’ due to his food intake, excessive consumption of high carotine food. 

“Dia suka sgt carrot. Phewww. Salah Mommy. But don’t worry Noah is fine, this condition is harmless cuma Mommy & Ayah kena treat his skin discolouration tu la.. too much of yellow pigmentations of the skin & increased beta-carotine in blood,” kongsinya.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016.
 
Pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ika Nabella

The post Suka Makan Lobak Merah, Anak Ika Nabella Didiagnosis Penyakit Karotenemia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.