Ads Top

Status Kisah Wanita Meminta Doa Dari Nabi Musa Untuk Dikurniakan Zuriat

Ada sebuah kisah pada zaman Nabi Musa AS yang telah didatangi wanita. Wanita tersebut telah meminta kepada Nabi Musa untuk mendoakannya agar dikurniakan zuriat. Usianya yang sudah lanjut menyebabkan beliau sukar dikurniakan anak. Dalam beberapa penceritaan lain menyebutkan bahawa wanita itu mempunyai masalah tidak boleh hamil.

Lalu, Nabi Musa AS berdoa kepada Allah untuk menyampaikan hasrat wanita tersebut. Allah kemudian membalas:

“Wahai Musa! Aku telah menetapkannya sebagai seorang wanita yang mandul.”

Nabi Musa kemudian menyampaikan hal tersebut kepadanya. Wanita tersebut amat sedih. Namun, beliau tidak pernah berputus harap dengan perkara itu dan saban hari berdoa agar dikurniakan berita gembira dari Allah.

Pada suatu hari, wanita tersebut telah datang kepada Nabi Musa sambil menggendong anak kecil. Baginda bertanya: “Siapa anak kecil ini?”

Wanita itu kemudian menjawab: “Ini adalah anakku yang mana Allah telah mengurniakannya kepadaku.”

Kemudian, Nabi Musa bertanya kepada Allah: “Ya Allah, bukankah Engkau telah menetapkan wanita itu sebagai seorang yang mandul?”

Allah menjawab: “Wahai Musa! Setiap kali Aku tentukan dia adalah seorang yang mandul, dia akan berkata (berdoa): “Wahai Al-Rahim (Yang Maha Penyayang)! Setiap kali Kamu tetapkan kepadaku sebagai seorang yang mandul, wahai Zat Yang Maha Penyayang.” Dengan itu, kasih sayangKu melebihi daripada ketentuanKu.”

Status Kisah Ini

Melalui kisah ini, penceritaannya sering dikaitkan dengan kekuasaan doa yang dipohon dengan menyebut nama-nama Allah terutamanya Al-Rahim.

Ia juga menyebut, walau apa pun perkara yang telah ditentukan, namun jika kita tidak pernah berputus asa dan pengharapannya kepada Allah dengan sentiasa berdoa dan berusaha, maka Allah akan mengurniakannya.

Bagaimanapun, ulama berbahas mengenai status kisah ini. Ulama mengatakan bahawa ia adalah kisah yang direka kerana tidak ditemui kesahihannya.

Namun, ia bukanlah bermaksud motivasi kita untuk berdoa dan memohon kebaikan dari Allah terus luntur saat mengetahui ketidaksahihan kisah ini.

Sebenarnya, banyak lagi kisah sahih yang menunjukkan kehebatan berdoa seperti kisah Siti Sarah dan Nabi Ibrahim serta Nabi Zakariya yang masing-masing diuji dengan kehadiran cahaya mata yang agak lambat.

Tetatpi, berkenaan kisah ini, ia tidak boleh disandarkan kepada Nabi Musa AS kerana tiada dalil sahih yang menyebut bahawa ia berlaku kepadanya.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Status Kisah Wanita Meminta Doa Dari Nabi Musa Untuk Dikurniakan Zuriat first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.