Ads Top

Siqma Dapat Sentuhan Magis Malique Menerusi Lagu Dipinggirkan

Pernah diberi gelaran The New Malique, penyanyi rap baharu, Siqma atau nama sebenarnya, Rahmat Zulhilmi Abdul Razak, 27, berkesempatan menyanyikan sendiri lagu terbaharu nukilan Malique Ibrahim berjudul Dipinggirkan.

Sejak muncul di persana seni pada tahun 1998, Malique menjadi antara pemain utama dalam sejarah ledakan genre Hip Hop di arena muzik tempatan. Karya-karya dendangan dan ciptaannya berjaya memartabatkan genre Hip Hop dalam muzik arus perdana Malaysia.

Hampir 22 tahun bergelumang dalam industri seni, kematangan Malique berkarya tidak boleh disangkalkan lagi. Berfalsafah menerusi lagu dengan gaya bahasa yang tinggi, Malique mempelopori gaya muzik Hip Hop bercitarasa tempatan yang disebut sebagai ritma atas puisi.

Dipinggirkan yang mengisahkan tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia. Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baharu sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.

Single yang bakal diterbitkan pada 20 November ini boleh didapati menerusi semua pelantar muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. – KopiPlanet.com

The post Siqma Dapat Sentuhan Magis Malique Menerusi Lagu Dipinggirkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.