SFMM35 Tangguh… ‘Peluang Kedua’ Buat Nabila Razali Beraksi Di Pentas Separuh Akhir?
Saingan separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) episod 3 yang sepatutnya berlangsung semalam terpaksa ditangguhkan setelah penyanyi Alif Satar yang beraksi pada Jumaat lalu disahkan positif Covid-19.
Kalau mengikut perkiraan, ia pastinya terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu memandangkan mereka yang terlibat, terutama sekali kru produksi yang perlu menjalani kuarintin dalam tempoh tersebut.
Bagaimanapun, dengan penangguhan berkenaan pastinya ia membuka peluang kepada Nabila Razali untuk mempersembahkan lagu Peluang Kedua di pentas SFMM35.
Malah, penyanyi itu juga pernah menyatakan tentang impiannya untuk beraksi di pentas berkenaan, sekaligus berusaha untuk membawakan lagu berkenaan memasuki Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Namun begitu, beberapa hari menjelang saingan separuh akhir, Nabila terpaksa menarik diri saat akhir lantaran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan pencipta lagu Peluang Kedua iaitu Hael Husaini bakal menggantikannya.
Jadi, dengan penangguhan saingan SFMM35 itu, pastikah adanya ‘Peluang Kedua’ buat Nabila untuk tampil di acara prestij berkenaan?
Rasanya tidak mustahil buat penyanyi berkenaan dapat beraksi sekiranya dia dapat kembali pulih dan sihat menjelang hari saingan dan setakat ini pihak TV3 belum memberi sebarang tarikh baharu.
Apa pun, yang pastinya peminat tentu menantikan tarikh baharu berlangsungnya episod 3 SFMM35, sekaligus pengumuman 12 lagu yang akan mara ke pentas AJL 35. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
The post SFMM35 Tangguh… ‘Peluang Kedua’ Buat Nabila Razali Beraksi Di Pentas Separuh Akhir? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: