Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Ketahui Hak Mereka Yang Perlu Dipenuhi
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan pada 1953 oleh International Union For Child Welfare dan telah mendapat pengiktirafan UNICEF (United Nations Children’s Fund) setahun selepas itu.
Kemudian, PBB telah mengisytiharkan tanggal 20 November sebagai sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Tujuannya adalah sebagai bentuk pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak oleh kerajaan dan masyarakat supaya masing-masing memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan mereka.
Tumbesaran dan perkembangan mereka adalah perkara yang paling penting untuk dijaga. Masing-masing perlu peka dengan perkembangan mereka agar dapat membantu tumbesarannya berjalan dengan baik.
Islam juga amat memandang berat akan perkembangan mereka kerana tempoh ini dianggap sebagai tempoh emas untuk membentuk diri mereka.
Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih dan menjadi tugas kita untuk mewarnai kain tersebut dengan pendidikan dan cara yang sesuai. Mereka adalah cahaya mata dan penyejuk hati untuk setiap insan yang bakal menjadi generasi baru.
زُÙŠِّÙ†َ Ù„ِلنَّاسِ Øُبُّ الشَّÙ‡َÙˆَاتِ Ù…ِÙ†َ النِّسَاءِ ÙˆَالْبَÙ†ِينَ
Mafhum: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak.” (Surah Al-Imran, 3:14)
Jadi, bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia, ini apa yang anda perlu tahu mengenai hak mereka;
#1 – Memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan – Ia adalah perkara paling penting kerana dengan ilmu yang diperoleh itu akan membantu membentuknya menjadi manusia yang bagaimana.
#2 – Mengajar ilmu agama – Ilmu agama adalah perkara yang tidak boleh ditinggal kerana melaluinya, ia akan membawa kanak-kanak tersebut lebih dekat dengan tuhan.
#3 – Memberikan persekitaran yang selesa kepadanya – Persekitaran memainkan peranan penting kerana ia boleh mempengaruhi rangsangan fizikal dan psikologi yang diterima oleh kanak-kanak.
#4 – Memberi nutrisi yang seimbang – Untuk mengelakkan pertumbuhan terbantut serta memberikan keseimbangan kepada tubuh badan mereka, pemakanan perlu dijaga dengan baik.
Pada waktu inilah mereka memerlukan pemakanan yang seimbang kerana di peringkat ini, pembentukan sistem imun buat mereka adalah sangat penting.
#5 – Penjagaan emosi – Kasih sayang dan keprihatinan perlu diberikan dengan cukup terhadap mereka bagi membolehkan perkembangan mental dan emosi mereka stabil.
Ini juga adalah untuk mecegah daripada berlakunya permasalahan mental lain apabila mereka besar kelak.
Kesimpulan
Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak kerana mereka adalah generasi yang merupakan aset penting untuk masa depan.
Sama ada ibu bapa, guru mahupun masyarakat sekeliling, anda memainkan tugas yang penting untuk membantu pembentukan mereka.
Sumber:
Hak Kanak-Kanak
The post Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Ketahui Hak Mereka Yang Perlu Dipenuhi first appeared on Tazkirah.
No comments: