Ads Top

Sedang Sarat Hamil, Anushka Sharma Masih Lagi Gigih Bekerja

Biarpun kini sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa menunggu kelahiran cahaya mata sulung, akters Anushka Sharma kelihatan masih lagi gigih bekerja.

Menurut seorang saksi, dia melihat pelakon itu masih mampu tampil dan kelihatan ceria dan tidak nampak terlalu tertekan ketika menjalani penggambaran.

“Walaupun sedang hamil, dia tidak tertekan atau bimbang berada di tempat awam kerana dia yakin bahawa semua langkah keselamatan yang diperlukan telah dilakukan.

“Anushka juga telah mengambil segala kemungkinan dan langkah pencegahan terhadap pandemik Covid-19 dan memastikan lokasinya penggambarannya selamat.

Pelakon itu dijangka akan menyambung semula pekerjaan berskala penuh mulai bulan Mei 2021, hanya empat bulan setelah dia menyambut kelahirannya anak pertamanya.

Dia dan suaminya iaitu pemain kriket, Virat Kohli mengumumkan bahawa mereka sedang menunggu ketibaan cahaya mata sulung mereka pada Januari 2021. – KopiPlanet.com

The post Sedang Sarat Hamil, Anushka Sharma Masih Lagi Gigih Bekerja appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.