Ads Top

JAWI Anjur Wilayah Persekutuan Berdoa & Bermunajat

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan untuk mengadakan doa dan munajat kepada Allah agar diberi kesembuhan negara ini daripada COVID-19.

Ia disaran dilakukan pada setiap malam dan juga selepas solat Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Di bawah program Wilayah Persekutuan Berdoa & Bermunajat, semua umat Islam disaran melakukannya, sama ada di masjid mahupun di kediaman masing-masing.

Malaysia hari ini mencatatkan angka COVID sebanyak 50 390 kes dengan jumlah kes sembuh sebanyak 37 254 kes.

Semoga, dengan usaha yang kecil ini dapat membantu menyembuhkan negara kita daripada pandemik ini.

Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

The post JAWI Anjur Wilayah Persekutuan Berdoa & Bermunajat first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.