Ads Top

Isteri Nubhan Nafi Ditamatkan Kontrak, Pilih Mahu Berbakti Kepada Keluarga

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayat Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa dia tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai doktor gigi karana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mendakwa bahawa Afifah telah ditamatkan kontrak dan tidak mendapat tempat di mana-mana klinik kerajaan.

Menolak dakwaan tersebut, isteri penyanyi berkenaan terus berkongsi gambar surat sebagai bukta yang menyatakan dia telah ditawarkan jawatan secara tetap.

“Ramai yang cakap saya ni dah habis kontrak la, tak de tempat di klinik kerajaan la. Macam-macam andaian yang bukan-bukan orang cakap pasal saya. Salah ke nak berbakti untuk keluarga?

“Ini bukti saya ditawarkan sebagai dr permanant di kerajaan dan suami memberikan saya 100% support samada terima atau tolak. Tapi sebaliknya saya pilih keluarga… Dan saya ada perancangan saya sendiri,” tulisnya.

Menurut Afifah, tidak semua perkara yang boleh dikongsi kepada semua orang dan mahu keputusannya dihormati.

“Tak semua perkara saya perlu share dengan semua. Tolong hormat dengan keputusan saya hentikanlah andaian yang buruk-buruk. I love you gais!,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Dr Afifah Tawfek

The post Isteri Nubhan Nafi Ditamatkan Kontrak, Pilih Mahu Berbakti Kepada Keluarga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.