Ads Top

G-Dragon Buat Comeback, Bakal Muncul Dengan Album Solo Kedua

Agensi pengurusan G-Dragon, YG Entertainment mengesahkan penyanyi itu bakal membuat kemunculan semula dengan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Menerusi laporan media, G-Dragon yang merupakan ahli kumpulan Big Bang sedang sibuk dengan persiapan untuk menyiapkan album solo terbaharunya.

Kali terakhir G-Dragon muncul dengan album solo ialah pada tahun 2017, berjudul Kwon Jiyong.

Big Bang dianggotai Top, Daesung, G-Dragon dan Taeyang.

G-Dragon sebelum ini terpaksa menghentikan seketika karier seni kerana terikat dengan latihan ketenteraan wajib yang dijalani selama dua tahun.

Pada Mac lalu, penyanyi berusia 32 tahun itu telah memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment, menandakan sudah 20 tahun dia berada di bawah pengurusan sama sejak dirinya menjadi pelatih seterusnya bergelar bintang terkenal K-Pop. – KopiPlanet.com

The post G-Dragon Buat Comeback, Bakal Muncul Dengan Album Solo Kedua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.