Ads Top

Cik B Bakal Lancarkan Single Baharu, Lagu Berkaitan Dengan Kehidupannya

Di sebalik kehangatan kisah mengenai hubungan yang terjalin bersama pelakon Aniq Suhair, anak kepada usahawan selebriti Datuk Seri Vida iaitu Cik B bakal melancarkan single baharunya.

Berkongsi di Insta Story miliknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin memberitahu lagu berkenaan akan dilancarkan pada 1 Disember ini.

“Cikb akan release lagu Cikb 1st Dec ni pasal life Cikb. Lagu ni dah lama dah buat tapi baru nak release.

“Lagu ni best kalau orang tu boleh relate sebab lagu ni sangat deep hehe! 1st December okay? Nanti dengar tau,” kongsinya.

Sebelum ini, Cik B memang ada menunjukkan minatnya dalam bidang muzik dan meminati genre rap.

Malah, Cik B juga pernah membuat kemunculan dalam video muzik lagu Mudah Bagimu nyanyian Kucaimars. – KopiPlanet.com

The post Cik B Bakal Lancarkan Single Baharu, Lagu Berkaitan Dengan Kehidupannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.