Ads Top

#65 – Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Bermotivasi Dalam Ibadah

Tidak sepanjang masa kita akan mempunyai semangat untuk melakukan ibadah. Ada kalanya, rasa malas dan hasutan-hasutan kecil dari syaitan menerjah ke dalam diri kita.

Perkara ini bukanlah janggal atau pelik kerana ia adalah perasaan yang boleh hadir bila-bila masa. Iman manusia itu sifatnya adalah naik turun. Bukan seperti malaikat yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah. Inilah keunikan diri kita yang perlu diterima.

Mengapa saya katakan perkara ini sebagai sebuah keunikan? Hal ini kerana, salah satunya adalah dengan adanya perasaan-perasaan ini, kita boleh mengenali diri sendiri terutamanya apabila berada pada tahap kita betul-betul hilang motivasi untuk beramal dan melakukan sesuatu.

Mafhum: “(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada.” (Surah Al-Fath, 48:4)

Jadi, bagaimana untuk menaikkan kembali semangat anda dalam beribadah agar dapat merasai kemanisannya? Ini beberapa tips yang boleh dilakukan.

#1 – Jangan terus berhenti dari melakukan ibadah tetapi perlahan-lahan lakukan sekadar kemampuan waktu itu

#2 – Niat adalah perkara utama dalam amalan. Setiap masa, perbaharui niat anda agar ia dapat memberi motivasi baru

#3 – Sekali-sekala, tukar tempat ibadah anda atau cara anda melakukan amalan tersebut.

#4 – Cari kawan yang boleh sama-sama menasihati anda ke arah kebaikan

#5 – Motivasi yang paling penting adalah daripada dalaman anda sendiri. Justeru, anda yang perlu meletakkan matlamat dan niat agar dapat menjadi manusia baru setiap hari

#6 – Beri ganjaran kepada diri sendiri jika berjaya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan

Justeru, bagaimana cara anda kembali bersemangat untuk beribadah?

#Menuju2021
#PE1H

The post #65 - Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Kekal Bermotivasi Dalam Ibadah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.