Ads Top

Bagaimana Berbuat Baik Kepada Jiran Dalam Situasi PKPB

Pandemik COVID-19 yag melanda kita tampaknya masih belum sembuh bahkan angkanya semakin hari semakin membimbangkan semua pihak.

Walaupun angka pesakit yang dilaporkan meningkat, namun dengan laporan angka yang sembuh sedikit sebanyak menunjukkan sinar untuk kita bahawa harapan untuk sembuh itu tetap ada.

Bagaimanapun, situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan ini membuatkan kita sedikit sebanyak terputus sosialnya dengan orang sekeliling.

Ada yang hanya keluar rumah untuk membuang sampah sahaja atau mengambil barang daripada Pos Laju disebabkan situasi bekerja dari rumah yang menyebabkan kita kurang bergaul dengan orang sekeliling.

Jadi, untuk entri kali ini, Tzkrh ingin mengajak anda untuk ‘membuka pintu’ sejenak bagi mengambil tahu khabar jiran-jiran anda kerana adab dengan jiran juga adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

#1 – Jika ada kumpulan perbualan (WhatsApp) dengan jiran tetangga, pastikan kekal berhubung dengan mereka sama ada menghantar pesanan atau kata-kata motivasi.

#2 – Memberitahu perkembangan semasa berkenaan COVID-19 terutamanya kepada jiran anda yang warga emas atau yang sukar mendapat perkembangan.

#3 – Kita mungkin tidak mampu mengambil berat sehingga 40 buah rumah, namun sekurang-kurangnya, ambil berat dengan yang terdekat anda. Hubungi mereka bagi bertanya khabar sekali-sekala.

Antara dalil perlu menjaga silaturrahim dengan jiran yang disebut dalam sahih Imam Bukhari ialah:

#1 – Bab Orang Yang Menutup Pintu Dari Jirannya

Dari Ibnu Umar, ia berkata:

Maksud: “Telah datang kepada kamu (para sahabat), suatu zaman di mana seorang itu (merasa) saudaranya sesama muslim lebih berhak untuk memiliki dirham dan dinar yang ia miliki. Namun, sekarang, dinar dan dirham lebih dicintai oleh salah seorang di antara kita daripada saudaranya sesama muslim.

Aku telah mendengar Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Berapa ramai jiran yang akan memegang tangan jirannya di hari kiamat sambil berkata: “Wahai tuhanku, orang ini menutup pintunya dariku dan dia enggan memberi apa yang ia miliki.” (Ash-Shahihah, no. 2616)

#2 – Bab Memperbanyak Kuah Untuk Dibahagi Antara Jiran

Dari Abu Dzar, ia berkata: “Kekasihku, Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku tiga perkara, iaitu; dengarkanlah dan taatilah meskipun terhadap budak (jika dia menjadi pemimpin misalnya). Jika engkau masak, perbanyakkanlah kuah kemudian lihatlah jiranmu yang memiliki hubungan kekerabatan denganmu. Lalu, berikanlah kuah itu kepada mereka dengan cara yang baik. Dirikanlah solat pada waktunya. Jika engkau menjumpai imam telah melaksanakan solat, maka engkau telah menjaga solatmu. Jika belum, maka (solat yang engkau kerjakan bersama imam) itu terhitung sebagai nafilah (solat sunat).” (Sahih Al-Albani, 83/113)

#3 – Bab Berkomunikasi Dengan Jiran

Dari Abdullah ibnu ‘Amru ibnul ‘Ash, Baginda SAW bersabda:

Ø®َÙŠْرُ اْلأَصْØ­َابِ عِÙ†ْدَ اللهِ تَعَالَÙ‰ Ø®َÙŠْرُÙ‡ُÙ…ْ Ù„ِصَاحِبِÙ‡ِ، ÙˆَØ®َÙŠْر الْجِÙŠْرَانِ عِÙ†ْدَ اللهِ [تَعَالَÙ‰] Ø®َÙŠْرُÙ‡ُÙ…ْ Ù„ِجَارِÙ‡

Maksud: “Teman terbaik di sisi Allah adalah mereka yang terbaik dalam berinteraksi dengan temannya. Dan tetangga terbaik di sisi Allah adalah mereka yang terbaik dalam berinteraksi dengan tetangganya.” (Ash-Shahihah, 103)

#4 – Bab Tidak Mengganggu Jirannya

لاَ ÙŠَدْØ®ُÙ„ُ الْجَÙ†َّØ©َ Ù…َÙ†ْ لاَ ÙŠَØ£ْÙ…َÙ†ُ جَارُÙ‡ُ بَÙˆَائِÙ‚َÙ‡ُ

Maksud: “Seseorang yang sentiasa mengganggu jirannya, nescaya tidak akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 46)

Kesimpulan

Walaupun perintah dan undang-undang membataskan hubungan sosial kita, namun ia tidak bermakna kita perlu mengabaikan hubungan dengan sekeliling.

Jiran adalah saudara kita juga yang perlu dijaga silaturahimnya. Jadi, kekallah berbuat baik kepada jiran anda.

The post Bagaimana Berbuat Baik Kepada Jiran Dalam Situasi PKPB first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.