Ads Top

Alif Satar Telah Dijangkiti Covid-19, Sudah Mula Jalani Kuarintin

Penyanyi Alif Satar telah mendedahkan bahawa dia kini telah dijangkiti wabak Covid-19 setelah beberapa kali menjalani ujian.

Alif yang berkongsi mengenai keputusan yang baru diterimanya hari ini menyatakan ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan serta mendukacitakan.

“Assalamualaikum… dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan,” ujarnya.

Menurut Alif, dia juga telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang telah dikenalpasti dalam tempoh 14 hari.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga… isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.

“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Alif Satar Telah Dijangkiti Covid-19, Sudah Mula Jalani Kuarintin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.