Ads Top

5 Perkara Boleh Dilakukan Untuk ‘Move On’

Sakit hati, sedih dan kecewa, mungkin setiap dari anda pernah merasai perkara ini. Ia adalah antara perasaan yang terkandung dalam diri manusia dan akan disalurkan atau dikeluarkan apabila wujudnya sesuatu keadaan yang menyedihkan.

Sebagai contoh, anda kecewa kerana ditinggalkan oleh pasangan yang sudah lama bersama atau mungkin juga anda sedih kerana terpaksa menambah satu lagi semester disebabkan ada keputusan yang tidak memuaskan sekali gus melambatkan lagi urusan graduasi anda dan pelbagai lagi contoh situasi lain.

Jika anda pernah mengalami keadaan-keadaan yang memandu kepada perasaan-perasaan ini, ketahuilah anda tidak keseorangan dan ia adalah lumrah yang akan dilalui.

Namun, jangan berlama-lama dengan perasaan ini kerana jika tidak dibendung, pasti boleh memberi kesan kepada kehidupan anda.

Bayangkan jika fikiran anda hanya fokus kepada kesedihan tersebut, bagaimana produktiviti kerja anda boleh meningkat?

Jadi, bagaimana untuk melepaskan kenangan masa silam tersebut?

#1 – Ambil sedikit masa – Ambil masa untuk perlahankan perasaan tersebut. Beri ruang kepadanya untuk melepaskannya dengan habis dan jangan dipaksa.

Kita lihat situasi jika kereta sedang laju, tiba-tiba terpaksa menekan emergency brake, pasti akan ada kesan kepadanya, bukan? Begitu juga dengan hati manusia.

#2 – Berani mengambil langkah seterusnya – Jangan hanya duduk di dalam zon anda, sebaliknya keluar darinya dan mulakan perkara yang boleh menghilangkan kekecewaan tersebut.

#3 – Beri reward kepada diri anda – Bukan kejayaan sahaja yang boleh diberi ganjaran, namun kegagalan juga. Ia sebenarnya adalah ganjaran di atas usaha anda selama ini. Walaupun tidak menemui jalan kejayaan, namun hargailah usaha anda.

Siapa lagi yang akan menghargai anda jika bukan diri anda sendiri, bukan?

#4 – Belajar memaafkan – Maafkan sebab di sebalik kekecewaan tersebut dan paling utama adalah maafkan diri anda sendiri.

Ia adalah salah satu langkah yang paling penting untuk diambil kerana dengan memaafkan bererti kita telah menutup pintu kekecewaan tersebut dan bersedia membuka pintu baru untuk melangkah ke fasa seterusnya

#5 – Bergaul – Jangan pulaukan diri sendiri dengan memilih untuk menghindari sekeliling. Sebaliknya, bergaul dan carilah kawan atau pengaruh yang boleh membantu anda melupakan kekecewaan tersebut.

Jadi, bagaimana cara anda lupakan kenangan dan kekecewaan lampau?

#Menuju2021
#PE1H

The post 5 Perkara Boleh Dilakukan Untuk 'Move On' first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.