(Video) “Saya Serahkan Amanah Saya…”, Pesanan Ayah Pengantin Perempuan Buat Ramai Sebak
Perkahwinan sememangnya menjadi momen yang paling dinantikan di dalam hidup setiap orang. Manakan tidak, ia merupakan saat bahagia dan menjadi bukti ikatan cinta yang sah.
Bagi setiap pasangan, restu berserta doa dari kedua-dua ibu bapa sangat penting dalam melayari bahtera rumahtangga.
Berat bagi setiap ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka menjalani kehidupan baharu, apatah lagi jika memikirkan amanah yang selama ini dijaga oleh mereka perlu diserahkan kepada orang lain.
Mungkin selama ini bapa dianggap sebagai seorang yang sangat pendiam dan tidak mudah menunjukkan perasaan, namun mereka akan menghadapi detik sukar apabila tiba saatnya untuk melepaskan anak perempuan kesayangan.
Sama dengan situasi yang di sebuah perkahwinan yang dirakam oleh Kretpictures. Menurut perkongsian di Instagram, ia merupakan detik penting yang berjaya dirakamkan oleh mereka.
Harini kami nak share antara moment penting yang berjaya dirakamkan krew kami
Moment sebegini kebiasaanya memang tidak dapat duga dan ianya berlaku secara spontan sebaik sahaja selepas akad disahkan.
Krew kami sememangnya akan bersedia, kekal fokus dan sentiasa perhati persekitaran sebaik sahaja akad telah disahkan
Kebiasaanya waktu-waktu ini akan ada babak yang sangat sangat penting untuk dirakamkan
Saya serahkan anak saya pada kamu, saya serahkan amanah saya, kamu jaga amanah saya macam mana saya menjaga dia
View this post on Instagram
Perkongsian itu telah tular dan pastinya menyentuh hati warganet.
Sumber: Kretpictures
The post (Video) “Saya Serahkan Amanah Saya…”, Pesanan Ayah Pengantin Perempuan Buat Ramai Sebak appeared first on Siakap Keli.
No comments: