#38 – Bagaimana Untuk Kekalkan Mutu Kerja Bagi Meraih Keberkatan
Pelan Efisien 100 Hari
Bekerja dari rumah telah menjadi satu bentuk norma baharu buat masa ini apabila negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19. Walaupun sudah ada sektor yang mengerahkan pekerjanya untuk bekerja di pejabat, namun masih ada yang mengambil inisiatif untuk bekerja dari rumah.
Banyak perubahan yang terpaksa dilalui, sama ada bekerja dari rumah atau di pejabat, masing-masing perlu sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan sendiri selari dengan tanggungjawab yang diamanahkan.
Walaupun pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan amanah yang diberikan.
Sebagaimana ada sebuah riwayat dari Jabir bin ‘Abdillah RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati sehingga ia benar-benar telah sampai seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya. Tempuhlah jalan dalam mencari rezeki yang halal dan tinggalkanlah yang haram.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 2114. Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani)
Keberkatan rezeki yang kita peroleh juga bergantung kepada bagaimana cara mengerjakan pekerjaan tersebut.
Jadi, bagaimana untuk kekalkan mutu pekerjaan agar ia sentiasa diberkati?
#1 – Anggap pekerjaan itu sebagai satu ibadah – Amanah yang digalas itu perlu dilakukan dengan baik. Anggap ia sebagai sebuah ibadah seperti kita melaksanakan ibadah-ibadah lain.
#2 – Letakkan matlamat dalam pekerjaan – Untuk menghilangkan rasa bosan atau kurang bermotivasi, letakkan matlamat yang ingin dicapai. Matlamat tersebut boleh dibahagikan kepada matlamat jangka masa panjang dan pendek.
#3 – Jauhkan diri dari perkara yang negatif – Jika ada aura yang negatif, segera jauhkan diri darinya. Ia boleh mengganggu pemikiran dan kesihatan mental anda jika berterusan melayannya.
Komitmen yang jitu perlu sentiasa ditunjukkan agar setiap pekerjaan yang dilakukan boleh membuahkan hasil yang diinginkan.
Sama ada anda sedang bekerja dari rumah atau di pejabat, mutu pekerjaan perlu sentiasa dipertingkatkan agar rezeki yang diperoleh kelak sentiasa diberkati.
#Menuju2021
#PE1H
The post #38 - Bagaimana Untuk Kekalkan Mutu Kerja Bagi Meraih Keberkatan first appeared on Tazkirah.
No comments: