Ads Top

Tahnik – Hadiah Hari Lahir Buat Cahaya Mata Anda

Apa hadiah pertama yang anda berikan buat anak anda? Jika dilihat, seluruh pengorbanan anda mengandung dan menjaganya sehingga dilahirkan dalam keadaan sihat itu juga adalah salah satu bentuk jasa yang tidak ternilai harganya.

Namun, ada hadiah yang terbesar yang boleh anda berikan buat cahaya mata anda yang baru lahir, iaitu tahnik.

Tahnik merupakan perbuatan melumurkan kurma ke lelangit bayi dalam keadaan kurma tersebut dilumatkan.

Hukum perbuatan ini adalah sunat dan diriwayatkan bahawa Baginda SAW pernah beberapa kali melakukan tahnik.

Dari Abu Musa, beliau berkata – “(Suatu masa) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi SAW, kemudian Baginda memberi nama padanya dan Baginda mentahnik dengan sebutir kurma.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5467)

Ada beberapa perkara tentang tahnik yang perlu diambil perhatian, iaitu:

#1 – Ia perlu ditahnik dengan kurma. Jika tiada kurma, boleh juga digantikan dengan makanan lain yang manis.

#2 – Elakkan mentahnik dengan madu – Madu tidak sesuai untuk bayi kerana sistem ketahanan badan mereka yang belum kuat. Ia hanya sesuai dimakan ketika anak anda berusia tiga hingga empat tahun ke atas.

#3 – Dilakukan sambil mendoakan keberkatannya – Sambil bertahnik, orang yang mentahnikkannya boleh mendoakan agar bayi tersebut diberkati Allah.

Boleh diucapkan dengan doa: “Ya Allah, berkatilah dia.”

#4 – Sunat ditahnik oleh orang soleh – Ulama berpandangan bahawa sunat untuk ditahnikkan bayi oleh orang yang soleh. Namun, tiada masalah jika ia ditahnik oleh ibu bapa atau ahli keluarga sendiri.

#5 – Boleh ditahnik pada hari yang sama ia dilahirkan

Kesimpulan

Tahnik adalah salah satu bentuk sunnah yang boleh dilakukan terhadap bayi bagi membelah mulut mereka. Tujuannya adalah untuk melatih bayi makan dan minum.

Selain akan mendapat pahala sunnah, ia juga boleh dianggap sebagai langkah awal untuk mendidik anak dengan amalan dan gaya hidup yang lebih diberkati.

Sumber:
Rumaysho.com

The post Tahnik - Hadiah Hari Lahir Buat Cahaya Mata Anda first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.