Ads Top

(Video) Lakaran ‘Gergasi’ Seekor Kucing Dipercayai Berusia Lebih 2,000 Tahun Ditemui Di Peru

Satu lakaran besar yang memaparkan seekor kucing telah ditemui diukir di lereng bukit di Gurun Nazca Peru.

Lakaran Nazca Lines yang baru yang dikenali sebagai geoglyph itu menunjukkan kucing sepanjang 120 kaki yang ditemui terbentang selama hampir 2, 000 tahun di atas bukit Lebuhraya Pan-American iaitu dari Alaska dan Argentina.

Garis Nazca di selatan Peru adalah sekumpulan geoglyph yang terukir di pasir gurun dan terdapat sekitar 300 tokoh yang berbeza termasuk haiwan dan tumbuhan.

Ahli arkeologi, Jhonny Isla mengatakan bahawa reka bentuk terbaru itu telah dijumpai semasa kerja-kerja untuk meningkatkan akses ke tempat visitor-look-out yang membolehkan orang ramai untuk melihat pemandangan ukiran tersebut.

“Akses itu sangat rumit dan kami ingin menjadikannya lebih selamat. Semasa proses itu, kami menyedari ada garisan yang tidak semulajadi.

“Mungkin kelihatan mengejutkan bahawa reka bentuk baharu masih ditemukan namun kami tahu masih banyak lagi yang berada di luar sana,” katanya.

Kementerian Kebudayaan Peru di dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa corak ukiran tersebut hampir tidak terlihat ketika pertama kali dikenal pasti dan hampir hilang kerana bukit dengan lereng curam dan terkena kesan hakisan semulajadi.

Memetik laporan Daily Mail, garisan geoglyph tersebut mempunyai lebar sekitar 12 hingga 15 inci pada sesetengah bahagian.

Isla mengatakan kucing itu berasal dari akhir era Paracas yang bermula dari 500 sebelum Masihi hingga 200 Masihi.

Pada November lalu, muncul lebih 140 garis Nazca yang dipercayai berusia 2, 100 tahun ditemyi di padang pasir Peru.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Lakaran ‘Gergasi’ Seekor Kucing Dipercayai Berusia Lebih 2,000 Tahun Ditemui Di Peru appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.