TERKINI: 871 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, Antara Paling Tinggi Pernah Dicatatkan
Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 setakat Ahad (18 Oktober 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 7,049 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
Daripada 871 kes positif, terdapat lima kes import di negeri Selangor yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.
Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 701 orang pada hari ini di mana menjadi jumlah kes sembuh tertinggi sejak Covid-19 melanda negara.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 13,262.
Sehingga kini, terdapat 86 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala, terdapat tujuh (7) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 187 orang.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
18 Okt 2020Kes sembuh=701
Jumlah kes sembuh=13,262 kes
Kes baharu positif=871
(kes import=5, kes tempatan=866)
Jumlah positif=20,498 kes
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=187 kes
Kes dirawat di ICU= 86 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 28 kes pic.twitter.com/c7UgQjCcRQ— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 18, 2020
[LANGSUNG] Sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di MalaysiaIhsan FB Kementerian Kesihatan#BHTV#METROTV#NSTTVPosted by Harian Metro on Sunday, October 18, 2020
Sumber: Sidang Media KKM
The post TERKINI: 871 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, Antara Paling Tinggi Pernah Dicatatkan appeared first on Siakap Keli.
No comments: