Ads Top

Ramai Salah Sangka Puteri Sarah Berjauhan Dengan Anak-Anak Kerana Masalah Rumah Tangga

Baru-baru ini pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik sekeping gambar bersama-sama kedua-dua anaknya sambil menyatakan perasaan rindu terhadap mereka.

Gara-gara gambar tersebut, ada segelintir netizen yang beranggapan pelakon itu berjauhan dengan anak-anak kerana masalah rumah tangga, sedangkan dia kini sedang menjalani penggambaran di Pekan, Pahang.

“Kesian kat anak-anak sebab saya shooting tinggalkan anak kejap,” jawabnya kepada seorang netizen yang menyuruhnya beralah demi anak-anak.

Malah, ada peminat turut menyatakan berlaku kes salah faham dan menyatakan pelakon itu berjauhan dengan anak kerana bekerja.

“Ni mesti kes salah paham hehehehe… dia keja kak… bukan dia sengaja menjauhkan diri dr anak-anak hehehe,” komen seorang peminat.

Selain itu, Puteri Sarah juga membidas seorang lagi netizen yang mempertikaikan dirinya kembali berlakon dan mengatakan dia seorang yang kaya.

“Kaya tapi hari-hari guna duit jadi makin lama makin habis juga. Takkan awak hari-hari guna duit tak habis-habis kena kerja juga.

“Maaf, pemikiran saya tak seperti awak tunggu duit datang bergolek goyang kaki di rumah,” tulisnya.

Sebelum ini, peminat digemparkan tentang masalah rumah tangga yang berlaku antara Puteri Sarah dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof apabila dia dilihat pergi ke pejabat agama baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah

The post Ramai Salah Sangka Puteri Sarah Berjauhan Dengan Anak-Anak Kerana Masalah Rumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.