Michael Ang Kantoikan Kamal Adli & Uqasha Senrose Pergi Kursus Kahwin?
Sehingga ke hari ini, pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengatakan yang mereka kini sedang bercinta seperti mana yang didakwa ramai pihak.
Hubungan rapat mereka nampaknya direstui peminat lebih-lebih lagi selepas mereka digandingkan bersama menerajui drama Perempuan Tanpa Dosa yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria.
Pengarah drama tersebut, Michael Ang baru-baru ini ada memuat naik video di Instagramnya yang mana bertanyakan Kamal dan Uqasha adakah benar khabar mendakwa mereka sudah pergi kursus kahwin bersama-sama.
“Salam semua. Kamal Adli dan Uqasha Senrose pergi kursus kahwin kat Kuantan! Kau orang rasa ini gimik atau kisah benar, kau orang rasa mana satu? Yang pasti you all semua kenal I kan! Jarang i buat gimik-gimik macam ini,” tulis Michael.
Tersipu-sipu malu, Kamal dan Uqasha dilihat membiarkan persoalan itu berlalu tanpa jawapan.
Menerusi ruangan komen, pelakon Uyaina Arshad yang turut membintangi Perempuan Tanpa Dosa mendoakan pasangan tersebut dengan menitipkan komen ‘Alhamdulilah’ di entri Michael itu. – KopiPlanet.com
The post Michael Ang Kantoikan Kamal Adli & Uqasha Senrose Pergi Kursus Kahwin? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: