Ads Top

Lisa Surihani, Uncle Kentang, PU Azman Meriahkan Program Cintakan Nabi

Bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Astro telah menyenaraikan beberapa pengisian menarik dan ilmiah buat penonton saluran Oasis, Naura dan Warna serta menerusi platform digital My Salam Muslim.

Antara selebriti yang mengisi slot menarik sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini Lisa Surihani, PU Azman, Uncle Kentang dan Datuk Ac Mizal.

Program-program yang boleh ditonton bagi menguatkan rasa cinta dan hormat pada Rasulullah antaranya,

  1. ‘Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul’
  • Astro Warna
  • 28 Oktober 2020 (Rabu), jam 9 malam
  • Sinopsis: Istimewa Maulidur Rasul ini, Datuk AC Mizal menjemput PU Azman, Yana Samsudin, dan Uncle Kentang (Kuan Chee Heng) untuk bercerita tentang pengalaman hidup yang sudah tentu boleh menjadi contoh dan tauladan bagi orang ramai.
  1. Life & Love with Lisa
    -NAURA
    -29 Oktober 2020 (Khamis), jam 8 malam
    -Sinopsis: Life & Love with Lisa adalah program yang dihoskan oleh Lisa Surihani dengan barisan tetamu yang terdiri daripada selebriti tanah air yang pernah menunaikan ibadah Haji. Tetamu-tetamu selebriti yang datang akan berkongsi perjalanan mereka sepanjang menunaikan ibadah haji dan bagaimana perubahan baru tersebut memberi makna kepada kehidupan masa kini disamping kehidupan bergelar wanita bekerjaya.

3. Iman Hakiki
-Astro Oasis
-29 Oktober 2020 (Khamis), jam 10 pagi
-Sinopsis: Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?
-Barisan Pelakon: Hisham Hamid, PU Azman, Datuk Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar, dan Atita Haris
-Pengarah: Rashid Sibir

The post Lisa Surihani, Uncle Kentang, PU Azman Meriahkan Program Cintakan Nabi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.