5 Tahun Bercinta, Blake Shelton Akhirnya Melamar Gwen Stefani
Penyanyi country yang juga juri program The Voice, Blake Shelton mengumumkan dia sudah melamar kekasihnya, Gwen Stefani.
Perkara itu diumumkan Blake, 44, menerusi laman Instagramnya awal pagi tadi dengan besertakan gambar mereka berciuman dengan cincin tunang tersemat di jari manis Gwen.
“Hey Gwen, terima kasih kerana telah menceriakan tahun 2020 saya.. serta seumur hidup saya. Saya cintakan awak, terima kasih atas penerimaan lamaran ini,” tulis Blake di ruang kapsyen.

Blake dan Gwen, 51, mula berpacaran sejak lima tahun lalu ketika sama-sama menjadi juri untuk program The Voice yang kini baharu sahaja memasuki musim ke-19. – KopiPlanet.com
The post 5 Tahun Bercinta, Blake Shelton Akhirnya Melamar Gwen Stefani appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: