Konsert 4G’s Tetap Diteruskan Pada 11 & 12 Disember Ini
Konsert 4G’s yang memperlihatkan gabungan hebat empat penyanyi lelaki terkenal iaitu Akim, Hazama, Tomok dan Black akan tetap diteruskan pada 11 dan 12 Disember ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.
Menurut penganjur Belbis Sdn. Bhd, pihak mereka akan mengikut ketat prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjayakan konsert tersebut.
“Kami hanya perlu memenuhkan 450 tempat duduk dalam Istana Budaya untuk setiap malam, dua malam persembahan dan berkemungkinan akan ditambah kepada satu malam lagi namun ia bergantung kepada keadaan dan perlu mengikuti SOP ketat yang telah ditetapkan.
“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis, cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.
“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja.
“Keempat-empat penyanyi ini juga akan melancarkan satu single terbaharu yang menyaksikan penyatuan suara mereka pada awal Disember ini dan lebih istimewa mereka akan mendendangkannya buat pertama kali menerusi Konsert 4G’s,” kata wakil penganjur.
Bermula 15 Oktober lalu, peminat sudah boleh mendapatkan tiket melalui airasiaredtix.com https://ift.tt/3e8Hrp2.
Pihak penganjur juga sudah memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket sebelum ini akan mendapat e-tiket yang baru yang akan di hantar melaui email masing-masing mulai hujung bulan Oktober ini. Tiket-tiket tersebut akan mengikut hari yang telah dibeli sebelum ini untuk tarikh baharu iaitu 11 dan 12 Disember ini. – KopiPlanet.com
The post Konsert 4G’s Tetap Diteruskan Pada 11 & 12 Disember Ini appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: