Ads Top

Kisah-Kisah Yang Boleh Dibaca Sebagai ‘Bed Time Story’ Buat Anak Anda

Apa yang biasanya anda lakukan bersama anak-anak anda sebelum tidur? Adakah menatal telefon bimbit atau menonton televisyen bersama?

Ada di antara ibu bapa yang tidak sempat meluangkan masa bersama anak-anak kerana kekangan waktu atau disebabkan terikat dengan perkerjaan masing-masing.

Namun, jangan jadikannya sebagai tabiat kerana ia boleh memberikan impak yang besar kepada sesebuah perhubungan. Sesekali, ambil masa untuk melakukan aktiviti sebelum tidur dengan mereka.

Antara perkara yang paling mudah ialah dengan membacakan kisah-kisah menarik sebagai pengajaran dan teladan buat mereka.

Sambil menyelam, minum air. Sambil anda mengukuhkan hubungan dengan anak-anak, dalam masa yang sama anda juga boleh terapkan semangat membaca dalam diri mereka serta mengajarkan kisah mengenai nilai-nilai murni yang diperoleh melalui kisah-kisah itu.

Ada pelbagai kisah menarik dan ringkas yang anda boleh bacakan kepada mereka. Antaranya;

#1 – Kisah Pohon Kurma Yang Menangis

Ada sebuah kisah sahih yang menceritakan tangisan pohon kurma akibat terlalui cintakan Baginda SAW.

Ia berlaku apabila mimbar yang digunakan untuk berkhutbah telah siap dan Baginda tidak lagi berkhutbah berdekatan pohon kurma itu.

Pautan kisah: Kisah Pohon Kurma Yang Menangis

#2 – Kisah Luqman Yang Menasihati Anaknya

Nasihat-nasihat Luqman terhadap anaknya sangat terkenal di dalam Al-Quran. Beliau merupakan hamba Allah yang sangat istimewa kerana namanya disebut dalam surah Luqman berkenaan nasihatnya terhadap anaknya.

Beliau merupakan seorang hamba abdi berkulit hitam yang berasal dari Afrika, iaitu di negeri Sudan.

Pautan kisah: Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Puteranya

#3 – Kisah 3 Pemuda Yang Terperangkap Di Dalam Gua

Ada sebuah kisah yang menceritakan mengenai keajaiban kita dalam melakukan amalan kebaikan, iaitu tiga orang pemuda yang memasuki gua untuk berehat, namun mereka terperangkap di dalamnya kerana batu besar menghalang jalan keluar mereka.

Disebabkan itu, mereka berdoa kepada Allah dengan sepenuh hati dan juga menyebutkan amalan yang pernah mereka lakukan agar Allah memakbulkan doa mereka untuk keluar dari gua.

Pautan kisah: Kisah 3 Pemuda Yang Terperangkap

#4 – Kisah Tentera Bergajah

Antara kisah yang terkenal ialah Tentera Bergajah yang menyerang Kaabah, iaitu peristiwa sebelum Baginda SAW dilahirkan.

Rombongan bergajah ini diketuai oleh Abrahah kerana beliau marah dan ingin membalas dendam akibat gerejanya tidak mendapat sambutan.

Pautan kisah: Kisah Tentera Abrahah

#5 – Kisah Rasulullah Bergurau Dengan Sahabat

Ada sebuah kisah sahih yang diceritakan tentang Baginda SAW yang bergurau dengan sahabatnya ketika sedang makan kurma.

Masing-masing mengasingkan biji kurma, tetapi Saidina Ali memindahkan biji kurmanya ke kelompok biji kurma nabi secara diam-diam.

Saidina Ali RA kemudian berkata: “Wahai Nabi, engkau telah memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Baginda lalu tersenyum dan berkata: “Wahai Ali, kamulah yang telah memakan kurma dengan banyak. Aku memakan kurma dan masih mengasingkan bijinya, namun engkau memakan kurma sekali dengan bijinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Pautan kisah: Kisah Baginda Dan Para Sahabat Makan Kurma

Kesimpulan

Selain daripada kisah-kisah yang disebutkan di atas, banyak lagi kisah menarik yang boleh diceritakan bersama seperti kisah-kisah rakyat mahupun kisah dongeng.

Anda hanya perlu kreatif menceritakannya dalam bentuk yang boleh memberi teladan kepada mereka agar anak-anak anda seronok dengan sesi tersebut.

Wallahu a’alam.

The post Kisah-Kisah Yang Boleh Dibaca Sebagai 'Bed Time Story' Buat Anak Anda first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.