Kim Kardashian Beri Sebab Rancangan Keeping Up with The Kardashians Ditamatkan
Pada awal September lalu Kim Kardashian sempat mengejutkan peminat berkenaan pengumuman yang dituliskannya di Instagram tentang rancangan Keeping Up With The Kardashians yang akan memasuki musim terakhir pada tahun hadapan.
Setelah 14 tahun menghibur para penonton, banyak yang percaya bahawa rancangan tersebut tamat kerana rating penonton yang rendah. Seperti yang diketahui, bulan April lalu ia hanya ditonton seramai 871,000 penonton dan membuatnya menjadi rancangan realiti dengan rating terendah ke-4 sepanjang masa.
Setelah banyak khabar angin yang bertebaran, akhirnya Kim telah mendedahkan alasan terhadap penamatan tersebut ketika diwawancara majalah Grazia.
“Ini adalah mimpi kami semua. Kami tak pernah menyangka kalau rancangan ini boleh bertahan sehingga 20 musim. Jadi kami terfikir untuk berehat buat sementara waktu.
“Kami hanya memerlukan sedikit masa untuk kembali bersama lagi. Untuk pengetahuan semua, kami sama sekali tidak berehat selama 14 tahun. Kami selalu shooting musim terbaharu, kemudian ada spin off, dan saya fikir tak ada cara lain untuk mengatakan, kami menjalani kehidupan yang begitu besar,” jelasnya.
Menurut Kim, setelah 14 tahun dengan 20 musim serta ratusan episod, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudah menonton selama bertahun-tahun.
“Kami sangat berterima kasih dengan melalui masa-masa indah, buruk, bahagia, air mata, banyak hubungan dan anak. Selamanya kami akan menyimpan kenangan indah bersama orang-orang yang kami temui selama ini,” ungkapnya. – KopiPlanet.com
The post Kim Kardashian Beri Sebab Rancangan Keeping Up with The Kardashians Ditamatkan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: