Cik Manggis Dilantik Sebagai Duta Produk Xorra Body Wash
Tidak dinafikan pandemik Covid-19 benar-benar memberi impak baik secara mental mahupun fizikal, apatah lagi turut terkait dengan ekonomi sehinggakan ramai yang hilang pekerjaan dan beralih kepada alternatif mencari mata pencarian.
Hal ini disedari oleh Pengarah Urusan Farmasia Sdn. Bhd., Puan Zohrah Razak sehingga terpanggil untuk membantu mereka memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baru.
“Mulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat saya sejak 2009 lagi menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan atau utama, maka timbul idea untuk keluarkan produk di dalam bidang kecantikan.
“Maka, lahirlah sabun mandian Xorra Body Wash kerana dari segi pasaran, saya melihat industri kecantikan sangat berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya.
“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya ketika pelancaran produk berkenaan baru-baru ini.
Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam tiga haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Ketiga-tiganya mempunyai haruman perfumes yang berbeza dan tahan lama.
Puan Zohrah berkata, sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran tempatan terutama kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain haruman tadi.
“Kami menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semulajadi seperti ekstrak ros dan minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia. Kami cuba mengelak daripada penggunaan bahan kimia kerana ia akan mengganggu kulit kita kemudian hari.
“Secara tak langsung, kami ingin mendidik masyarakat tentang pentingnya menggunakan produk yang bebas bahan kimia. Selama ini orang kita hanya fikir atau mengelak daripada makanan yang banyak bahan terlarang.
“Namun begitu, kadang-kadang mereka lupa terhadap penjagaan diri seperti kulit yang sering terdedah kepada bahan kimia. Kalau mandi dua kali sehari, itu bermakna dua kali juga kita terdedah kepada risiko jika menggunakan bahan mandian berasaskan bahan kimia,” katanya.
Pada majlis yang meriah itu juga, Farmasia Sdn Bhd memperkenalkan duta Xorra Body Wash: The Science of Care iaitu Cik Manggis.
Zohrah menjelaskan, pemilihan selebriti popular itu dilakukan kerana tepat dengan keunikan ciri-ciri sabun mandian tersebut.
“Cik Manggis seorang yang bekerjaya, isteri dan profesional. Ciri-ciri ini sesuai dengan tiga rangkaian haruman Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya.
Setiap botol Xorra Body Wash: The Science of Care mengandungi 300ml yang dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol.
Xorra diambil daripada perkataan Arab, ‘Zahrah’ yang bermaksud ‘blossom’ atau ‘kembang’. Biarpun setiap pagi kita melihat bunga yang kembang tetapi ramai yang tidak tahu tentang keunikan essence di sebalik itu. Warna, haruman dan tenaga kembangan bunga itu menjadi inspirasi kecantikan Xorra.
“Kami mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti. Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian Xorra,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post Cik Manggis Dilantik Sebagai Duta Produk Xorra Body Wash appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: