Festival Seni Gerak Angin Bantu Para Artis Hadapi Masa Sukar Covid-19
Festival Seni Virtual Gerak Angin yang dijalankan pada bulan September lalu diharapkan dapat memberikan kelegaan buat para seniman yang terlibat sepanjang tempoh sukar berhadapan wabak Covid-19.
Menurut pengasas Sutra Foundation, Datuk Ramli Ibrahim,” Gerak Angin merupakan satu festival seni virtual memaparkan 17 syarikat produksi yang menghasilkan seni muzik, tarian dan teater di Malaysia.”
“Festival yang berlangsung pada 16 September lalu bersempena sambutan Hari Malaysia itu telah memaparkan kesemua video persembahan artistik para artis kita di laman Youtube.
“Pihak kami faham sekarang merupakan satu masa yang sukar untuk para artis kita untuk bekerja dan kami buka platform ini untuk mereka terus mengembangkan bakat sekali gus kehadiran mereka dalam industri dapat dilihat oleh orang ramai,” katanya.
Gerak Angin telah dijayakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Masakini Theatre Company, Sutra Foundation dan Surprise Ventures.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 17 penerbitan produksi yang terlibat boleh layari laman web www.gerakangin.my. – KopiPlanet.com
The post Festival Seni Gerak Angin Bantu Para Artis Hadapi Masa Sukar Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: